Setelah beberapa bulan peperiksaan tamat, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2018 akan diumumkan pada hari Khamis minggu depan iaitu 14 Mac 2019.

IG Kementerian Pendidikan

Dalam kenyataan Kementerian Pendidikan, calon SPM 2018 boleh mengambil keputusan di sekolah mereka selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.

Selain itu, bagi calon persendirian pula, mereka akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri(JPN).

“Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula10.00 pagi, 14 Mac 2019 dan akan ditamatkan pada 6.00 petang 20 Mac 2019. Keputusan juga boleh disemak melalui laman web Lembaga Peperiksaan (LP) di alamat sppat.moe.gov.my/semakan,” tulisnya.

“Seramai 421,706 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM di 3,308 pusat peperiksaan di seluruh negara,” sambungnya.

Sumber: Astro Awani