Berhubung kes duit pengguna bank CIMB ‘lesap’ dipercayai digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak minggu lepas, pihak CIMB mengeluarkan kenyataan mengenai isu tersebut di laman web utama mereka pada hari ini.

cimb.com

Menurut kenyataan tersebut, pihaknya menegaskan sistem portal perbankan dalam talian, CIMBClicks, dijamin selamat termasuk semua transaksi pelanggan masih dilindungi.

Selain itu, CIMB Bank Berhad telah memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan ciri keselamatan transaksi melalui CIMBClicks.

Kini, kata laluan boleh ditambah sehingga 20 aksara berbanding sebelum ini yang hanya lapan aksara sahaja.

lowyat.net

Selain itu, bank itu juga menambah keselamatan reCaptcha semasa pengguna mahu memasuki CIMBClicks untuk memastikan pengguna bukanlah robot laman web. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi pihak CIMB di talian 0362047788.

Sumber: CIMB