Teh hijau merupakan minuman popular di negara Jepun dan mempunyai pelbagai khasiat yang bagus untuk kita. Mungkin sebelum ini kita tidak sedar bahawa teh hijau mempunyai bau seperti hanyir ikan atau seperti rumpai laut. Bila terfikir balik memang ada bau tersebut tetapi rasanya sedap.

Sebenarnya, teh hijau mempunyai rasa Umami yang menjadi elemen imbangan terhadap sesuatu perasa untuk menguatkan rasa dalam makanan atau lauk-pauk tertentu.

Sebelum ini kita hanya didedahkan dengan empat deria rasa seperti masam, manis, masin dan pahit dan tidak tahu bahawa manusia sebenarnya mempunyai deria rasa kelima iaitu Umami.

Gambar sekadar hiasan

Umami juga sebuah rasa gurih(savoury) yang terkandung dalam mana-mana sumber makanan yang kaya dengan asid amino. Lebih banyak kita menikmati makanan yang tinggi kandungan asid amino, kita sebenarnya mampu merasakan Umami.

Gambar sekadar hiasan

Walau bagaimanapun, hanya teh hijau berkualiti dapat merasai perasa Umami yang meliputi komponen seperti asid amino, astringen, theanine yang digabung pula dengan rasa pahit dan aroma unik seperti Sencha, Kabusencha dan Gyakuro.

Antara contoh makanan yang dikatakan mempunyai rasa Umami yang tinggi adalah bahan perasa MSG, tomato, sos ikan (dashi), cendawan, rumpai laut, kicap dan keju Parmesan.

Sumber: Wanista