Usah terkejut dan panik! Orang ramai dinasihatkan supaya tidak cemas dan risau jika anda melihat pesawat-pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) terbang rendah di sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC) mulai pagi ini.

Menurut kenyataan markas TUDM, kesemua pesawat TUDM akan melakukan terbang lintas sempena Eksesais Bersama LIMA yang melibatkan pesawat Hawk 108 milik TUDM serta empat buah pesawat Typhoon milik Royal Air Force.

“Terbang lintas akan dimulakan pada 10.15 pagi ini, orang ramai diminta tidak cemas dan risau jika melihat pesawat pejuang terbang rendah di sepanjang tempoh yang dinyatakan,” tulis kenyataan tersebut.

Jika anda berada berdekatan kawasan KLCC, anda boleh menyaksikan dan mengambil gambar kenangan terbang lintas TUDM berkenaan kerana bukan selalu ada terbang lintas berdekatan kawasan tumpuan pelancong itu.

Sumber: Astro Awani & Bernama