Berikutan kes Difteria hangat diperkatakan dan masih ramai yang tidak sedar betapa bahayanya jika kanak-kanak terkena jangkitan tersebut, seorang doktor menjelaskan bagaimana mahu melihat simptom Difteria di akaun laman Facebook miliknya.

Menurut Dr Ezairy, dia menjelaskan mengenai simptom jangkitan berbahaya itu di samping menerangkan cara jangkitan serta sebab utama mengapa Difteria berbahaya kepada kanak-kanak.

Simptom Difteria

– Sakit pada tekak.

– Kesukaran untuk menelan makanan dan minuman.

– Selaput putih atau kelabu boleh dilihat pada kawasan tekak dan sekitarnya.

– Disertai gejala seperti demam, lesu dan tidak sedap badan.

– Bengkak pada kelenjar leher.

Cara jangkitan

– Cairan pernafasan pesakit.

– Batuk dan bersin di dalam jarak dekat dengan pesakit.

– Sentuhan pada pesakit yang tercemar dengan cecair pernafasan.

Kenapa Difteria bahaya?

– Selaput putih yang terbentuk pada tekak dan farinks pesakit boleh mengakibatkan pesakit kesukaran bernafasan.

– Ia juga boleh menyebabkan pembengkakan pada leher.

– Toksin yang menyerap ke seluruh tubuh juga boleh merosakkan organ lain seperti jantung.

Sumber: Fb Dr Ezairy M.Sallih