Bagi mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang, pasti ramai yang dah kenal dengan semua restoran ini, tapi bagaimana pula mereka yang berkerja di Lembah Klang tetapi tinggal di tempat lain? Pasti setiap hari runsing fikir nak makan di mana masa ‘lunch hour’.

Berikut adalah 5 Restoran kegemaran untuk ‘lunch hour’ di Klang Valley.

1. Ravi’s Banana Leaf

Apa yang unik tentang restoran ini adalah keenakan kuah kari bersertakan 4 jenis lauk sayur yang dihidangkan. Ia juga membuat kari dengan rasa kari India yang asli, tekture yang pekat dan bau yang sedap. Kari ikan di situ pula ada rasa pedas, masam sikit, dan cukup rasa.

2. Nasi Lemak Goreng Chef Fauzy

Pada yang tidak tahu, Petaling Jaya ada banyak kedai nasi lemak yang sedap-sedap! Salah satunya adalah Nasi Lemak Chef Fauzy, ia mempunyai keunikannya yang sendiri. Antara keunikannya adalah nasi goreng pakai nasi lemak, dihidang bersama sambal nasi lemak yang sedap dan cukup rasa dan ayam goreng yang crispy.

3. Lorong Seratus Tahun

Restoran ini menawarkan hidangan asli dari penang. Makanan seperti Chee Cheong Fun, Kuey Tiaw Goreng, Mee Kari dan Cendol terdapat disini.

4. Apam Balik Nusantara

Berbeza dengan Apam Balik yang lain, Apam Balik Nusantara menghidangkan pelbagai menu yang telah diolah untuk menjadi yang lebih enak!

Kebiasaanya, apam balik hanya dijual berintikan jagung, coklat dan ada segelintir yang guna peanut butter. Tetapi Apam Balik Nusantara ini unik kerana selain jagung, cheese juga boleh dicampurkan sekali.

Selain dari itu, kalau pilih durian, makan masa panas-panas memang puas sebab ada rasa berlemak. Ada juga coklat campur pisang yang menjadi kegemaran ramai.

5. Restoran Dapur Sarawak

Antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah semestinya Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Rencah Laksa Sarawak yang cukup rasa dan Mee Kolok yang sedap walaupun tidak berkuah.

Sumber: Lobak Merah