Gambar: Wanista

Ramai daripada kita mempunyai masalah rekahan pada tumit kaki, baik lelaki ataupun wanita. Tedapat pelbagai cara untuk mengurangkan rekahan pada kaki, ada yang berkesan dan ada juga yang tidak. Tumit kaki yang merekah juga boleh membuatkan kita rasa tidak selesa semasa berjalan kaki.

Berikut adalah petua mudah untuk hilangkan rekahan pada tumit kaki:

1. Rendam Kaki

Rendam kaki dalam air suam selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, gosokkan bahagian tumit yang merekah itu dengan batu asah pisau. Buat sampai nampak perubahan. Selepas itu, sapukan getah betik muda pada tumit kaki anda. Biarkan seketika sampai getah tu kering. kemudian bilas kaki anda hingga bersih.

2. Bawang Putih & Limau Nipis

Gambar: Hijab&heels

Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan limau nipis. Sapukan pada tumit yang merekah. Amalkan setiap hari untuk nampakkan hasilnya.

3. Embun Pagi

Geselkan tumit kaki pada rumput yang berembun pada awal pagi. Buat setiap hari untuk mendapatkan kesan yang segera.

4. Bawang Merah

Gambar: Siakapkeli

Gosokkan bawang merah yang dibelah dua pada tumit yang merekah.

5. Gambir & Minyak Lebihan

Campurkan gambir dengan air dan sapu pada tumit yang merekah. Sapu guna minyak lebihan goreng ikan pun boleh juga!

Sumber: Sirap Limau