Telah lama berkenalan sebagai kawan baik dan akhirnya bertemu jodoh menjadi suami isteri, pasangan artis Ardell Aryana, 29 tahun, dan Nadzmi Adhwa, 28 tahun, menjadi perhatian orang ramai baru-baru ini ketika mereka melangsungkan perkahwinan.

Menurut Mingguan Wanita, Ardell berkongsi pengalaman sejak bergelar isteri kepada Nadzmi Adhwa beserta nasihat yang diperolehi daripada ibunya mengenai perkahwinan.

“Pesanan biasa sebagai mak dan ayah, macam mak saya banyak cakap hormati Adhwa, jangan kasar dengan dia dan cakap elok-elok sebab sekarang ni dah jadi suami isteri,” ujarnya.

“Kena banyak lebih cakap lembut dengan suami. Jangan anggap walaupun dia bestfriend dan bawah umur daripada kita jangan tak hormati dia,” jelasnya.

“Walaupun kita lebih tua tapi kena hormat dia sebagai suami, sebab darjat dia sebagai suami dah lain dan lebih tinggi untuk isteri,” katanya.

Semoga pasangan pengantin baru ini bahagia hingga selama-lamanya dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Suka tengok diorang ni! Cute jek 🙂

Sumber: Media Hiburan