Seorang pegawai yang bertindak kasar terhadap seorang warga asing di pejabat imigresen Johor Bahru pada pagi semalam dikenakan tindakan serta-merta iaitu digantung tugas.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali, memberitahu bahawa jabatan itu memandang serius mengenai perkara ini.

“Perlakuan pegawai tersebut jelas menjejaskan imej jabatan dan bertentangan dengan kod etika jabatan dan perkhidmatan awam,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

“Jabatan Imigresen tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) pindaan 2002,” jelasnya sambil menambah tindakan serius akan diambil tanpa kompromi termasuk buang kerja pegawai yang melakukan kesalahan.

Sebelum ini, video mengenai seorang pegawai imigresen di kaunter nombor 4 ‘permohonan 3+1’ tular di laman sosial menunjukkan pegawai tersebut menengking serta bertindak kasar terhadap seorang lelaki warga asing sambil mengambil tangan dan mengetuk mesin pengimbas cap jari biometrik beberapa kali.

Sumber: mStar