Jika anda diberhentikan kerja pada lepas dan tahun ini, anda boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) jika permohonan Bantuan Prihatin Nasional(BPN) sebelum ini tidak berjaya.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah, menjelaskan ia kerana semakan bagi setiap permohonan BPN dibuat berdasarkan cukai taksiran tahun 2018.

Oleh itu, pemohon yang diberhentikan kerja pada tahun lalu dan tahun ini perlu membuat rayuan jika semakan rekod menyatakan mereka tidak layak untuk mendapatkan BPN.

“Mereka dinasihatkan untuk hadir ke mana-mana cawangan LHDN di seluruh negara untuk membuat rayuan berkenaan,” ujarnya.

“Dokumen yang perlu dibawa ialah surat pemberhentian dan juga penyata gaji terakhir daripada majikan,” jelasnya.

“Sepatutnya, mereka yang telah diberhentikan kerja ini secara automatik akan layak mendapat BPN. Tetapi, jika ada yang tidak berjaya, maka mereka boleh membuat rayuan,” katanya.

Sumber: Berita Harian