Kini dianggarkan sebanyak 100,000 hingga 200,000 daripada penduduk Jepun adalah beragama Islam dan dikhabarkan bahawa negara matahari terbit, Jepun, sedang bersiap-sedia menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2020, termasuklah menyediakan kemudahan masjid bergerak untuk acara itu nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif Projek Yasu, Yasuharu Inoue, memberitahu bahawa kemungkinan masjid yang sedia ada tidak cukup untuk menampung pelawat beragama Islam pada tahun 2020 nanti.

Menurutnya, masjid bergerak keluaran syarikatnya boleh bergerak ke lokasi sukan Olimpik yang berlainan untuk menyediakan kemudahan tempat ibadah kepada pelawat Muslim semasa kejohanan berlangsung.

“Sebagai negara yang terbuka dan mesra, kami ingin berkongsi idea` omotenashi ‘(keramahan Jepun) dengan orang Islam,” ujarnya.

Masjid bergerak itu mempunyai keluasan 48 meter persegi (515 kaki persegi) boleh menampung 50 orang dalam satu masa di mana bahagian belakang trak 25 tan diubahsuai untuk melebarkan lagi keluasan trak.

Untuk pengetahuan anda, pelajar Indonesia yang menjadi mangsa tsunami Lautan Hindi pada tahun 2004 turut mengambil bahagian dalam pembukaan masjid tersebut.

Sumber: Japan Inside