Kejadian tembakan pengganas di dua masjid sekitar Christchurch, New Zealand, menggemparkan dunia dan dianggap tragedi paling menyedihkan buat negara tersebut.

urdupoint.com

Selepas kejadian tembakan itu, masyarakat dunia memberi sokongan berterusan buat umat Islam dan menjaga keselamatan orang Islam ketika solat di masjid-masjid seluruh dunia.

Terbaru, hari ini(Jumaat) golongan wanita di New Zealand diajak menyertai kempen memakai tudung sebagai tanda solidariti kepada masyarakat Islam di Christchurch serta memberi penghormatan kepada masyarakat Islam dan keluarga mangsa dalam tragedi berdarah itu.

Kempen dengan tanda hashtag #headscarfforharmony dan #scarvesinsolidarity itu bertujuan menyokong dan mengalami ‘kesakitan’ ditanggung oleh masyarakat Islam berikutan tragedi serangan yang berlaku di Masjid Al Noor di Deans Ave dan Linwood Masjid di Linwood Ave pada Jumaat minggu lepas.

“Kami ingin menunjukkan kasih sayang dan sokongan kami dan meratapi kehilangan 50 ibu, bapa, anak, rakan sekerja dan rakan selepas serangan pengganas Jumaat lalu di Christchurch,” ujar salah seorang pencetus gerakan kempen, Thaya Ashman.

zeenews.india.com

“Saya mendengar kisah seorang wanita yang takut lalu bersembunyi di rumah, terlalu takut untuk pergi ke jalan ketika dia merasakan hijabnya mengenalinya sebagai sasaran keganasan. Saya mahu mengatakan ‘kami bersama anda, kami mahu anda merasa rumah di jalan anda sendiri, kami suka, menyokong dan menghormati anda’,” jelasnya.

Presiden New Zealand, Jacinda Arden

Malah, Presiden Persatuan Muslim New Zealand, Ikhlaq Kashkari, menyokong inisiatif itu yang dianggap sebagai ‘idea yang hebat’.

“Sikap perpaduan dan sokongan ini amat dihargai oleh masyarakat Islam,” ujar para pemimpin Majlis Wanita Islam di New Zealand.

Sumber: Sinar Harian