Susulan dari kisah kehilangan Mohammad Ashraf atau Acap, 29, pihak keluarga masih yakin beliau masih hidup namun tidak dapat dikesan sejak kehilangannya 23 Mac lalu.

Keyakinan itu berdasarkan tiada sebarang bukti atau petunjuk membuktikan perkara sebaliknya terjadi selepas pelbagai usaha pencarian dilakukan pasukan penyelamat, sukarelawan, pengamal perubatan, ustaz selain kepakaran dan teknologi yang digunakan.

Abangnya, Mohd Zahiruddin Hassan, 35, berkata, keluarga sehingga hari ini menanti petunjuk atau apa-apa bukti yang boleh mengaitkan kehilangan Mohammad Ashraf atau Acap. Ketika ini, hanya Mabangnya seorang yang masih berada di lokasi itu untuk meneruskan pencarian.

Sementara itu, ibunya Siti Maznah Khamis, 62, sudah pulang ke Muar untuk rawatan susulan keadaan kesihatannya yang tidak berapa stabil.


Sumber: Youtube Awani

“Kami yakin, ibu pun sama dan semua keluarga yakin, yang Acap masih ada (hidup), sebabnya kalau diikutkan unit yang digerakkan (mencari) adalah unit terbaik daripada pasukan pencarian.

“Pencarian turut menggunakan dron dan unit anjing pengesan (K9), tetapi masih belum jumpa.

“Kalau kata sudah tiada mungkin boleh ditemui dengan K9, tetapi sampai hari ini tak jumpa, jadi kami keluarga yakin dia masih ada,” katanya ditemui sebelum Operasi Khas, Ops Kesan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dijalankan hari ini.

“Moga ada petunjuk baru dengan keberkatan bantuan daripada semua kita jumpa sesuatu yang dapat dikaitkan dengan kehilangan Acap,” katanya.

“Hanya saya seorang masih di sini, pencarian dilakukan setiap hari pagi sampai ke malam, tetapi sehingga hari ini masih belum ada tanda positif.

“Bantuan daripada pengamal perubatan pun ramai dari seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan saya juga ada dapat panggilan dari Brunei dan Indonesia tetapi masih tiada hasil, namun sampai hari ini saya belum berputus asa,” katanya.

Sumber: Harian Metro