Dua hari lepas merupakan hari ulang tahun kelahiran perdana menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang ke-93 tahun.

Tun Mahathir menerima ucapan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin negara, selebriti dan juga rakyat negara ini yang menggunakan laman sosial sebagai platform untuk menyampaikan ucapan.

Selain itu, kelihatan keluarga Tun Mahathir menyambut ulang tahun kelahirannya dengan sebuah kek yang comel dihiasi dengan ukiran sepasang selipar Bata. Comel betul!

Kek tersebut mendapat perhatian warga laman sosial yang memuji idea meletakkan ukiran selipar Bata viral itu pada kek dan ada yang menganggapnya lucu.

Selamat ulang tahun yang ke-93 tahun, Tun! Semoga panjang umur dan diberi kekuatan untuk mentadbir negara ini dengan jayanya. 🙂

Sumber: Oh My Media