Sejak larangan merokok berkuatkuasa dua hari lepas, beberapa restoran mamak di Johor Bahru kelihatan sedikit lengang berbanding sebelum ini terutama waktu makan tengah hari.

Dilihat hanya sedikit pelanggan menikmati juadah tengah hari di restoran mamak sekitar Bandar Baru Uda dan Tampoi di negeri tersebut.

nstp.com.my

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir perokok yang kelihatan akur dengan larangan dikuatkuasakan bermula semalam apabila merokok berjauhan daripada premis makanan dengan jarak yang dibenarkan.

Seorang pekerja restoran mamak dikenali sebagai Mohamad, memberitahu bahawa bilangan pelanggan yang datang untuk makan tengah hari berkurangan hari ini berbanding semalam.

nstp.com.my

“Semalam agak ramai walaupun larangan bermula dan perokok juga ikut peraturan serta merokok berjauhan, hari ini bilangan agak sedikit,” ujarnya.

“Harap kekurangan pelanggan hari ini tidak ada kaitan dengan larangan merokok dikuat kuasa kerajaan kerana jika perkara ini berterusan boleh menjejaskan perniagaan kami,” sambungnya.

Mungkin ada perokok yang kurang selesa untuk makan di luar sejak larangan merokok berkuatkuasa atau lebih selesa makan di rumah kerana boleh merokok selepas makan.

Sumber: Harian Metro