Premis atau kedai makan bukan Islam di negeri Kelantan yang menggunakan perkataan berunsurkan Islam pada papan tanda di premis masing-masing boleh diambil tindakan.

sinarharian.com.my

Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan, Khalid Tik, memberitahu bahawa ianya termasuk logo atau gambar yang melambangkan Islam sedangkan premis itu bukan premis Islam.

Contohnya, nama kedai yang digunakan adalah Bismillah atau menggunakan logo kubah masjid, sedangkan ia kedai bukan Islam, maka pemiliknya akan diberi amaran terlebih dahulu sebelum diambil tindakan lanjut.

“Kami tidak mahu pemilik premis bukan Islam mempergunakan nama Islam untuk menarik pelanggan menyebabkan orang ramai terpedaya dengan imej luaran kedai,” katanya.

Walau bagaimanapun, penggunaan nama premis berunsurkan Islam adalah berbeza dengan nama kedai yang ditulis dalam tulisan Jawi.

Di sana, ia menjadi kemestian semua kedai di negeri tersebut dipamerkan dengan tulisan Jawi walaupun ia dimiliki oleh bangsa lain.

Sumber: Harian Metro