Jika sebelum ini para suami tidak boleh menemani isteri di dalam dewan bersalin di hospital kerajaan semasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB), kini perkara itu bergantung kepada ruang dan tempatnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan bahawa setiap hospital mempunyai dasar masing-masing mengambil kira ruang dan tempat.

Menurutnya, ada hospital yang membenarkan dan ada yang tidak itu bergantung kepada hospital itu daripada segi keupayaannya.

“Jika ruang mencukupi mungkin akan dipertimbangkan kebenaran kepada suami menemani isteri di dewan bersalin mengikut Prosedur Operasi Standard(SOP),” ujarnya.

“Bagaimanapun, jika tidak cukup dan isu kerahsiaan dan bercampur dengan pesakit lain, ia tidak akan dibenarkan,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro