Siapa tidak kenal pakaian seragam pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines yang ikonik ini terutama apabila anda menaiki penerbangan dan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Untuk pengetahuan anda, baju kebaya tersebut telah menjadi identiti Malaysia Airlines sejak 32 tahun lalu dan praktikal untuk pergerakan selain mempunyai keunikan corak yang melambangkan identiti negara ini, menurut Menurut Ketua Pengajar Sekolah Hospitaliti Akademi MAB, Chang Chin Kwan.

Kebaya itu direka oleh Fakulti Fesyen dari Institut Teknologi MARA (ITM) pada 1 Mac 1986 menampilkan motif batik Sarawak dan bunga-bunga tempatan seperti bunga cempaka, melur dan bunga raya.

Mungkin sebab itulah baju kebaya pramugari Malaysia Airlines sentiasa mendapat perhatian dan memukau setiap yang memandangnya.

Sumber: The Vocket