Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ), dikatakan akan membuka perkhidmatan kaunternya bermula esok(Rabu) untuk urusan kenderaan perdagangan sahaja.

Gambar sekadar hiasan

Menurut kenyataan pihak JPJ, perkhidmatan kaunter yang dibuka tidak akan membabitkan kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing bagi mengelakkan ketidakpatuhan garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).

“Bagi pemandu kenderaan persendirian, teksi dan e-hailing, pengecualian pembaharuan Lesen Kenderaan Bermotor(LKM) dan Lesen Memandu(Vokasional dan Lesen Memandu Malaysia) yang diberikan sebelum ini masih berkuat kuasa sepanjang tempoh PKP,” tulisnya.

“JPJ akan membuka khidmat kaunter pada hari bekerja bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari untuk urusan pembaharuan lesen kenderaan perdagangan dan penyelesaian senarai hitam serta pembayaran saman,” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan

“Bagi urus niaga di kaunter membabitkan perkhidmatan JPJ yang lain, arahan pembukaan akan dimaklumkan berdasarkan perkembangan semasa pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan mengenai PKP,” jelasnya.

Selain itu, mereka yang berurusan di JPJ dinasihatkan mematuhi garis panduan pencegahan Covid-19 yang ditetapkan.

Malah, orang ramai juga digalakkan untuk menggunakan kaedah pembayaran secara e-payment.

Sumber: Harian Metro