Jelajah Lambaian Kaabah sebelum ini pernah dilangsungkan sejak tahun 2018 dan telah berjaya dilakukan pada 15 buah masjid. Kini, sekali lagi mereka akan mengadakan Jelajah Lambaian Kaabah edisi kedua dengan tema Satu Perjalanan.

Ia dijadualkan akan bermula pada awal Julai 2019 sehingga April 2020. 50 buah masjid ini akan dijelajah secara berperingkat dan keistimewaan kerjasama ini, akan ada beberapa tarikh yang akan dijelajah secara serentak.

Pengarah kepada penganjur Jelajah Lambaian Kaabah 2.0 mengatakan masjid sepatutnya dijadikan tempat perkumpulan masyarakat seperti di zaman Rasulullah s.a.w. dimana waktu itu, masjid adalah sebagai tempat untuk bersatu dan menyatu. Inilah merupakan salah sebuah tema yang kami ingin ketengahkan oleh mereka.

Justeru itu, gabungan Andalusia Travel and Tours Sdn. Bhd bersama dengan Karnival Geng Masjid adalah sebuah usaha untuk mengimarahkan Masjid, sebagai tanda penghargaan kepada pencinta Masjid dan Agama Islam tidak kurang juga sebagai usaha kami mendekatkan orang ramai kepada program-program karnival hiburan dan santai tetapi patuh Syariah.

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd dan Karnival Geng Masjid.

Sumber:Sinar FM