Siapa sangka, rupa-rupanya makanan tempatan negara kita diminati oleh seluruh dunia hinggakan salah satu makanan tradisional negara ini tersenarai dalam lima makanan terbaik dari seluruh dunia.

Untuk pengetahuan anda, mee kari laksa tersenarai dalam lima makanan teratas dalam senarai tersebut yang menghimpunkan makanan-makanan terbaik daripada seluruh dunia oleh Lonely Planet.

Mengejutkan, makanan tersebut mendapat tempat kedua dalam senarai berkenaan selepas makanan dari San Sebastian, Sepanyol iaitu pinxtos atau pincho dipilih menduduki tempat pertama.

Difahamkan, keunikan rasa hidangan tradisi Malaysia tersebut berjaya menewaskan hidangan popular dari Jepun iaitu sushi, hidangan daging bakar dari Texas yang menduduki tempat keempat dan diikuti oleh Som Tum dari negara jiran, Bangkok, pada tempat kelima.

Sumber: The Vocket