Sebuah kapal kemanusiaan bernama Al-Awda ‘Right to a Just Future for Palestine’ (JFP) yang dalam perjalanan ke Palestin bersama 22 aktivis dipercayai ditawan oleh tentera laut Israel.

Kejadian terbaru itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shaharul Anwar.

ohbulan.com

Untuk pengetahuan anda, kapal membawa 22 aktivis kemanusiaan, termasuk wakil tunggal Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh itu dipintas oleh tentera laut Israel dan kemudiannya ditunda ke Pelabuhan Ashdod, Israel.

ohbulan.com

Pada mulanya, kapal Al-Awda terputus hubungan komunikasi dengan pihak media Freedom Flotilla Coalition (FFC), manakala dalam laporan terakhir radio kapal, ketua kapal memberitahu mereka melihat empat kapal perang Israel sedang menghampiri kapal berkenaan.

Semoga aktivis yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan tidak diapa-apakan oleh tentera Israel laknatullah itu.

Sumber: Astro Awani