Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dipercayai sesak nafas semasa sedang makan buah rambutan. Difahamkan, kejadian mengejutkan itu dipercayai berlaku di Pasar Stutong, Kuching, Sarawak, sekitar jam 9 malam malam tadi.

Gambar sekadar hiasan

Mangsa yang berusia empat tahun itu tiba-tiba sesak nafas, batuk serta muntah darah sebelum pengsan. Ibu mangsa yang menyedari keadaan itu cuba selamatkan anaknya dengan menepuk belakang badan kanak-kanak tersebut.

Gambar sekadar hiasan

Bimbang akan keselamatan kanak-kanak itu, ahli keluarga bergegas membawanya ke sebuah hospital swasta berhampiran namun gagal diselamatkan. Menurut sumber, kanak-kanak malang itu dipercayai mempunyai sejarah penyakit asma.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Ng Ah Lek, memberitahu bahawa pihaknya belum menerima laporan berhubung kes tersebut.

Sumber: Astro Awani