Siapa sangka anak cilik ini berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila dia menjadi juara dalam Kejohanan Dunia Basikal Tolak kategori kanak-kanak yang diadakan di Amerika Syarikat pada Sabtu lalu.

Imran Ismail, 7 tahun, berjaya memenangi kategori terbuka basikal 14 inci mengalahkan 25 peserta lain dari Amerika, Thailand, Jepun dan lain-lain melalui kejohanan Piala Strider 2018.

Menurut bapanya, dia mementingkan pemakanan sihat untuk anaknya di samping dilatih oleh CAK Sports Academy bagi meningkatkan daya ketahanan Imran serta memantapkan skil perlumbaan basikal Strider.

Piala Strider merupakan sebuah sukan yang dianjurkan oleh syarikat strider dalam menawarkan basikal imbang di mana pelumba perlu mengimbangi basikal dua roda tanpa pengayuh dengan pantas.

Walaupun telah menyertai pertandingan tersebut sebanyak empat kali, namun semangat Imran tidak pernah luntur hingga akhirnya dia menjadi juara pada tahun ini. Tahniah adik Imran!

Sumber: The Vocket