Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dikhuatiri hilang dari jagaan pengasuh di Kuarters Hospital Langkawi sejak minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, memberitahu bahawa dia menerima laporan kehilangan Nur Aisyah Aleya Abdullah, pada pukul 12.08 malam kelmarin.

Menurutnya, ibu kepada kanak-kanak comel itu merupakan seorang warga Indonesia berusia 31 tahun menyatakan anaknya dijaga oleh teman lelakinya.

“Ibu kanak-kanak itu ada bertanyakan kepada lelaki terbabit (suspek) di mana anaknya berada, namun dimaklumkan sudah diserahkan kepada pihak ketiga untuk dijaga. Berikutan itu, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” ujarnya.

Difahamkan, wanita tersebut mengenali suspek kerana dia selalu datang ke tempat kerjanya di Pulau Pinang hujung tahun lepas sebelum mereka mula bercinta.

Akhir bulan November tahun lepas, ibu kanak-kanak itu ke Langkawi dan tinggal bersama suspek serta isteri di Kuarters Hospital Langkawi.

“Bagaimanapun, awal Januari tahun ini, isteri suspek yang bekerja sebagai jururawat di hospital itu mengesan hubungan antara suaminya dengan wanita berkenaan,” katanya.

“Bagaimanapun, awal Januari tahun ini, isteri suspek yang bekerja sebagai jururawat di hospital itu mengesan hubungan antara suaminya dengan wanita berkenaan,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, wanita itu datang ke rumah suspek pada hujung bulan lepas mendapati anaknya tiada dan telah diserahkan kepada pihak tidak dikenali.

“Setakat ini kita sedang mengesan suspek dan isterinya yang dipercayai terbabit di dalam kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 48 (2) Akta Kanak-Kanak,” sambungnya.

Berikutan itu, pihak polis sedang mengesan suspek, Ramlan Abdul Rashid, 37 tahun, menetap di E-3-4,Apartment G, Kuarters Hospital Langkawi, 07000 Langkawi dan isterinya, Wan Roslinda Wan Jusoh, 40 tahun, untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro