Baru-baru ini kita melihat seorang artis wanita menghadiahkan kereta mewah sempena hari lahir kepada ibunya, semalam tiba giliran seorang pelakon Hairul Azreen pula membuat kejutan apabila menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama BMW kepada ayah tercinta.

Dapat dilhat menerusi video yang ayah Hairul kelihatan terkejut dan tak percaya apabila menerima hadiah “mahal” itu.

“Kami anak2 happy bila mak Abah happy! Hadiah ni Kecik je kalau nak di bandingkan dgn pengorbanan mereka,” tulis Hairul di ruangan caption.

Ramai peminat memuji kebaikannya yang sentiasa menggembirakan ibu bapa dan keluarga setelah berjaya dalam bidang lakonan serta perniagaan yang diusahakannya.

Jika kita berbuat baik dan membalas jasa kedua ibu bapa kita, in shaa Allah kehidupan akan sentiasa diberkati.

Sumber: IG Hairul Azreen