Penyanyi rap terkenal tanah air, Altimet, sedang mencari 100 individu bertuah yang berminat untuk memperbaiki bacaan surah Al-Fatihah, baru-baru ini.

Dia memberitahu perkara baik itu di akaun laman sosial Instagram miliknya.

“Kita semua berada di ambang Ramadan dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, apa salahnya kalau kita gunakan masa ini untuk memperbaiki bacaan Al-Fatihah masing-masing,” ujarnya.

“Kami di @reciteapp melancarkan satu program di mana anda boleh memeriksa bacaan Al-Fatihah dengan asatizah kami yang bertauliah, sebanyak mana yang boleh,” jelasnya.

“Kos ini biasanya berharga RM29 tapi kali ni kami nak belanja 100 orang secara percuma. Periksalah bacaan anda seberapa banyak mana pun,” katanya. 

Bagaimana untuk menyertai? Anda perlu menyiarkan semula video Altimet tersebut di akaun Instagram anda dan sertakan tanda pagar #FasihAlFatihah. 

Pastikan akaun Instagram anda tidak private dan mereka yang terpilih akan dihubungi. 

Sumber: Astro Gempak & IG Altimet