Ibu Shaheizy Sam, Khaty Fauziah, bersyukur apabila mendapat maklum balas yang positif daripada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah berkaitan surat terbuka yang dibuat oleh anaknya mengenai rondaan berskala di pengawasan yang kerap di Kg. Padang, Pokok Mangga dan kawasan sekitarnya.
“Saya ibu kepada @shaheizy_sam turut bersyukur & berterima kasih diatas surat maklumbalas dari pihak #ibupejabatpolismelakatengah di atas keperihatinannya,” tulisnya.
“Alhamdulillah semoga dengan adanya rondaan berskala & pengawasan yang kerap di Kg. Padang, Pokok Mangga & persekitaran nya, bukan sahaja untuk keselamatan saya sekeluarga malah penduduk2 disini dapat faedah nya bersama,” jelasnya.

IG Khaty Fauziah
Malah, Khaty turut menambah bahawa alangkah bagus jika Shaheizy Sam menjadi anggota polis seperti arwah ayahnya, bekas Timbalan Ketua Polis Selangor Abd. Samad Jaaman.
“Kalau dari dulu lagi dengar cakap mommy jadi polis kan bagus ikut jejak langkah arwah daddy. Lihat gambar sebelah, Sam saling tak tumpah mirip wajah arwah daddynya,” tambahnya.
Di samping itu, Shaheizy Sam juga dilihat memuatnaik keratan maklum balas polis di akaun laman Instagram miliknya.
“Diharap @khatyfauziah sekeluarga dan penduduk setempat dapat meneruskan hidup dengan aman dan tenang selepas ini. Maaf, Inspektor Khai jauh bertugas diKuala Lumpur ketika ini. Hehe. Terima kasih buat IPD Melaka Tengah @pdrmsia_official untuk tindakan segera anda. Sangat dihargai,” ujarnya.
Sumber: Gempak