Sudah tujuh tahun penyanyi, Izwan Pilus, meninggalkan kita kerana terkena jangkitan kuman dalam darah dan kencing tikus pada 20 Januari 2012 yang lalu.

Adik kepada allahyarham, Aril Pilus, meluahkan rasa rindu terhadap abangnya yang telah pergi meninggalkannya dan keluarga untuk selama-lamanya.

“Hari ini genap 7 tahun #IzwanPilus pergi meninggalkan kita mengadap ilahi, rasa #RINDU yang tak pernah pudar walau sedetik mengenangkan kenangan suka duka bersama, rasa #TERKILAN melihat ada beberapa cita2 dan impiannya yang tak sempat tercapai,” tulisnya.

“Semoga tenang rohnya bersama orang2 yang beriman, aku sayang abg aku sorg ni, kalau aku pergi dulu, aku nak baring sebelah kau jugak ye bang,” sambungnya.

Tambahnya, dia sentiasa mendoakan allahyarham kerana dia amat menyayangi abangnya. Malah, Aril tidak mampu menulis ayat panjang-panjang di laman Instagram kerana terlalu sedih hingga mengalirkan airmata.

Sumber: IG Aril Pilus