Walaupun tabiat minum kopi dikatakan mempunyai banyak keburukan daripada kebaikan kerana ia mengandungi kafein, namun kajian mendapati tabiat minum kopi lapan cawan atau lebih dalam masa sehari mendapat risiko penyakit lebih rendah iaitu sebanyak 14 peratus.

Gambar sekadar hiasan

Menurut kajian jurnal Jama Internal Medicine, kajian itu disesuaikan mengikut usia, kaum, merokok, jantina, indeks berat badan (BMI) serta beberapa faktor kesihatan lain.

Selain itu, kajian turut dijalankan ke atas 498,134 penduduk British dengan usia purata 57 tahun, lapor New York Times.

Gambar sekadar hiasan

Tinjauan selepas 10 tahun mendapati 14,255 daripada responden meninggal dunia. Antara risiko kematian adalah disebabkan kanser, penyakit kardiovaskular seterusnya merekodkan penurunan selari dengan peningkatan pengambilan kopi.

Walau bagaimanapun, kajian hanya memberi jaminan kepada peminum kopi dan bukannya panduan. Keputusan ujian juga tak menunjukkan orang ramai patut mula minum kopi untuk menjaga kesihatan, ujar felo National Cancer Institute, Dr Erikka Loftfield.

Jika anda seorang peminum kopi tegar, anda mungkin boleh minum kopi seperti biasa. Tetapi, anda tidak digalakkan meminum kopi jika anda tidak minum kopi sebelum ini.

Sumber: Berita Harian