Sejak awal tahun kita sudah “berperang” dengan wabak pandemik Covid19 yang melanda dunia sekarang ini dan telah menyebabkan kematian berjuta-juta orang.

Gambar sekadar hiasan

Menurut kajian jurnal Blood Advances, mereka yang mempunyai darah jenis O kurang risiko dijangkiti Covid19, malah pesakit jarang mengalami gejala yang teruk walaupun dijangkiti.

Namun, saintis mengakui bahawa mereka memerlukan lebih banyak ujian klinikal bagi mengukuhkan lagi hujah tersebut.

Selain itu, kumpulan saintis yang berasal dari Denmark telah melakukan ujian kepada 7,422 pesakit yang positif Covid19. Dari jumlah berkenaan, kurang daripada 30 peratus mempunyai darah O. Mereka yang mempunyai darah A dan AB adalah paling banyak dijangkiti wabak itu.

Kajian berbeza tetapi kesimpulan yang sama turut berlaku di Kanada. Menurut pasukan penyelidik, 95 peratus pesakit yang dikaji, kebanyakan mereka yang berdarah O sembuh setelah 9 hari dimasukkan ke ICU.

Gambar sekadar hiasan

Selain itu, purata tempoh rawatan bagi mereka yang mempunyai golongan darah A atau AB adalah selama 13 hari di ICU. Di samping itu, pesakit dengan golongan darah O juga mencatat rekod sebagai kumpulan yang paling sedikit memakai ventilator atau mengalami kegagalan organ.

“Kami akan terus memantau jenis darah dengan gejala Covid19 yang timbul, sehingga kesimpulan yang diambil akan lebih pasti,” kata seorang doktor dan anggota pasukan penyelidik dari Vancouver General Hospital, Mypinder Sekhon, kepada CNN,

Malah, dia turut mengingatkan bahawa kesimpulan ini bersifat sementara dan mungkin akan berubah-ubah. Diingatkan agar mereka yang berdarah jenis O untuk tidak berasa terlalu yakin bahawa mereka akan selamat.

Sumber: American Society of Hematology, CNN Health, The Vocket