Kimchi merupakan makanan tradisional bagi rakyat Korea. Ia wajib ada dalam setiap hidangan makanan sama ada dijadikan sebagai hidangan sampingan, dijadikan stew (kimchi jjigae), nasi goreng (kimchi bokkeumbap) dan banyak lagi.

Gambar sekadar hiasan

Malah, kimchi juga dikatakan tergolong dalam “makan tersihat” di dunia kerana sifatnya yang kaya dengan vitamin, menurut majalah Health Magazine.

Gambar sekadar hiasan

Kimchi sudah lama diketahui sebagai makanan baik untuk kesihatan kerana ia mempunyai bakteria hidup. Menurut pakar diet, Kathleen Levitt, bakteria ini menghasilkan mikroorganisma yang dapat membantu anda mencerna makanan dengan lebih baik.

Gambar sekadar hiasan

Di samping itu, makanan popular Korea tersebut mempunyai kandungan serat tinggi yang akan menyebabkan anda cepat kenyang dan membuatkan anda makan kurang daripada biasa seterusnya menjadi jalan terbaik untuk kurus.

Selain itu, kimchi mempunyai kalori yang rendah iaitu 22 kalori dalam satu cawan. Mungkin sebab itu, rakyat korea menjadikan kimchi sebagai hidangan sampingan.

Sumber: Wanista