Jika anda seorang penggemar kaki ayam, anda seharusnya rasa bangga kerana terdapat kajian menyatakan kaki ayam mempunyai banyak kolagen serta mampu membuatkan anda kelihatan awet muda.

Gambar sekadar hiasan

Kita selalu lihat orang Korea dan Cina begitu menggemari kaki ayam dan sekarang barulah faham mengapa mereka kelihatan awet muda.

Gambar sekadar hiasan

Menurut kajian dilakukan oleh Department of Animal Science of National Chung-Hsing University di Taiwan, mereka mendapati kaki ayam mengandungi banyak kolagen dan boleh dijadikan sumber alternatif yang baik untuk kolagen.

Gambar sekadar hiasan

Bukan itu saja, kaki ayam turut kaya dengan sumber asid hyaluronik dan chondroitin sulfate. Asid hyaluronik boleh menghalang kesan penuaan. Chondroitin sulfate adalah baik untuk osteoarthritis dan orang yang mengalami masalah sendi. Antara kebaikan-kebaikan lain yang anda boleh dapat daripada kaki ayam ialah:

1. Kulit lebih sihat dan muda.

2. Kaya dengan kalsium dan protein, tanpa karbohidrat.

3. Meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan saluran darah.

4. Melambatkan kesan arthritis.

5. Mengurangkan rasa sakit dan bengkak (keradangan).

Sumber: Delishably