Menurut kaji selidik yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Negara(MKN), sebanyak 74 peratus rakyat negara ini memilih menyambut Aidilfitri di rumah tanpa kehadiran tetamu.

Menteri Kanan(Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, peratusan itu daripada 215,712 individu yang menyertai kaji selidik mengenai cara bagaimana mereka mahu menyambut perayaan Aidilfitri pada tahun ini.

“Mereka diberi tiga pilihan jawapan iaitu pertama mahu berhari raya di rumah dengan keluarga yang berada di dalam rumah itu manakala pilihan kedua berhari raya bersama saudara mara terdekat dan ketiga berhari raya bersama saudara mara jauh serta jiran,” ujarnya.

kidcited.com

“Hasil kaji selidik itu, 74 peratus memberi jawapan pertama manakala 20 peratus memilih jawapan kedua dan enam peratus jawapan ketiga,” jelasnya.

“Kalau inilah pandangan orang ramai, maka saya tidak rasa bimbang sangat,” katanya.

Menurutnya, walaupun kerajaan memberi kelonggaran untuk 20 individu dibenarkan menziarah pada perayaan hari pertama Aidilfitri, namun ramai yang takut wujud kluster balik kampung pada perayaan itu tidak lama lagi.

mstar.com.my

“Kalau ramai memilih untuk berada di dalam rumah, maka tidak timbul kebimbangan kita mengenai penularan Covid19 dan pertambahan kes sempena hari raya nanti,” tambahnya.

“Saya harap 20 peratus dan enam peratus responden yang memberi jawapan kedua dan ketiga itu juga akan berbuat sama seperti seperti kumpulan jawapan pertama iaitu beraya dengan keluarga di dalam rumah,” sambungnya lagi.

Sumber: Harian Metro