Kafe Rimau ialah sebuah kafe diuruskan oleh golongan belia autism yang telah belajar mengenai pengurusan kafe melalui konsep Authentic Learning di bawah Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) baru saja dibuka secara rasmi pada 9 Januari lalu.

Menurut Menteri belia dan sukan, Khairy Jamaluddin, Kafe Rimau merupakan sebuah projek yang pertama kali mengambil remaja autism untuk latihan hospitaliti serta menawarkan pelbagai kemahiran kepada mereka bagi memberi peluang kepada mereka untuk mencapai potensi sebenar.

ohbulan.com

Selain itu, ia juga memberi peluang kepada remaja autism merasai pengalaman bekerja yang sebenar di Kafe Rimau.

Untuk pengetahuan an, kafe tersebut terletak di Laman Seni, aras bawah Menara KBS. Presint 4, Putrajaya manakala waktu operasi pula ialah dari Isnin-Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Malah, jika ada ibu bapa atau penjaga belia autism yang berminat untuk menghantar anak mereka belajar kemahiran hospitaliti dan IT di ILKBS, anda boleh menghubungi Cawangan Teknikal dan Kualiti Latihan talian 03-88713688 atau lawat laman web di kemahiran.kbs.gov.my untuk maklumat lanjut.

Sumber: FB Khairy Jamaluddin