Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan M. Yusop, menyatakan bahawa kadar zakat fitrah bagi negeri Selangor pada tahun ini sama seperti tahun lepas iaitu RM7 seorang.

Gambar sekadar hiasan

Menurutnya, kadar itu ditetapkan berdasarkan harga semasa beras Super Tempatan Gred A yang sering digunakan oleh rakyat negeri itu.

Walau bagaimanapun, bagi golongan berkemampuan pula, mereka digalakkan membayar kadar zakat fitrah sebanyak RM14 dan RM21 seorang mengikut jenis beras yang dimakan bagi diri sendiri serta tanggungan.

Gambar sekadar hiasan

Namun, disebabkan ramai umat Islam di Selangor terkesan kemampuan kewangan berikutan penularan wabak COVID19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) pada ketika ini, anda boleh menunaikan zakat fitrah mengikut kemampuan diri serta keluarga masing-masing.

“Menunaikan zakat fitrah adalah wajib bagi umat Islam namun jika tahap ekonomi individu itu terbatas ketika ini, mereka boleh membayarnya ikut kemampuan diri dan keluarga,” ujarnya.

“Contohnya, jika keluarga ada empat orang tapi yang mampu untuk dibayar hanya dua orang, maka bayar dua orang saja,” jelasnya.

Sumber: Astro Awani & Bernama