Pelakon cantik jelita, Che Puan Juliana Evans, berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah bersama suami, Tengku Sharifuddin Shah, kelmarin.

Menurut instastory di akaun Instagram miliknya, Juliana meminta maaf kepada semua pihak jika dirinya pernah melakukan kesilapan.

“Alhamdulillah kami akan menjadi tetamu Allah tahun ini untuk mengerjakan umrah. Mohon ampun semua jika ada salah silap,” tulisnya.

Selain itu, dia juga dilihat sedih kerana terpaksa meninggalkan anak perempuannya yang baru berusia hampir tiga bulan.

“Jangan terlampau rindu mama dan papa okey. Mama sayang awak sangat,” ujarnya di laman sosial tersebut.

Sumber: Gempak