Seorang lelaki warga emas, Md Zin Ahmad, 63 tahun, sanggup ulang-alik sejauh 100 kilometer untuk menjual ikan.

Dia yang berasal dari Bukit Pasir, Muar, Johor, keluar dari rumah seawal jam 8 pagi untuk menaiki bas ke Melaka Sentral.

Menurutnya, dia menjual kira-kira 100 bungkus ikan masin dan akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk pastikan semua ikan masin yang dibawa terjual.

Difahamkan, isterinya, sterinya Fatimah Md Said, 73 tahun, terlantar di rumah akibat sakit tua di samping dia tidak mahu menyusahkan empat anak-anaknya kerana masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri.

Untuk pengetahuan anda, Md Zin hanya mendapat komisen sebanyak 50 sen sahaja bagi setiap bungkus ikan masin dan mengeluarkan belanja sebanyak RM30 sehari untuk tambang dan makan sehingga pukul sembilan malam.

Tambahnya, dia terpaksa menjual ikan masin di sekitar Melaka Sentral kerana di sana sambutan lebih menggalakkan berbanding lokasi lain.

Selain itu, Md Zin memberitahu pelanggan yang pernah membeli ikan masin dengannya akan mencarinya untuk menempah ikan masin bagi majlis kenduri kesyukuran atau majlis perkahwinan.

Sumber: FMT