Syarikat pengurusan sisa pepejal iaitu Alam Flora baru-baru ini berkongsi di Facebook mengenai inisiatif kitar semula bagi sisa buangan domestik.

“Alam Flora menerima barang kitar semula untuk ditukarkan kepada wang tunai menerusi 3R On Wheels dan Pusat pembelian barangan kitar semula berhampiran anda. Kitar semula dan nikmati pulangan insentif tunai,” tulis Alam Flora.

3R On Wheels dan Pusat pembelian barangan kitar semula menerima 16 jenis barangan kitar semula iaitu:

1. Surat khabar (0.25/kg)
2. Majalah (RM0.25/kg)
3. Kertas hitam putih (RM0.33/kg)
4. Kotak (RM0.27/kg)
5. Kertas campur (RM0.18/kg)
6. Aluminium (RM2.50/kg)
7. Tin (RM0.25/kg)
8. Plastik (RM0.40/kg)
9. Tetrapak (RM0.20/kg)
10. Sisa minyak masak (RM1.10/kg)
11. CPU (RM5.50/kg)
12. Monitor (RM4.50/kg)
13. Notebook (RM3.50/kg)
14. Server (RM15/kg)
15. Pencetak (RM3/kg)
16. Televisyen (RM4/kg)

*Harga barangan kitar semula adalah mengikut pasaran semasa dan tidak tetap.

Carta penuh di sini.

Pusat pembelian barangan kitar semula Alam Flora terletak di Putrajaya, Cyberjaya, dan Kuala Lumpur

Lihat senarai penuh Pusat pembelian barangan kitar semula di bawah:

Jalan Lorong Bunus 6, Kuala Lumpur
Lokasi rujukan: Berhadapan Plaza City One
Waktu operasi:
Isnin, Rabu dan Sabtu (11.00am – 4.00pm)

BBC Presint 9, Putrajaya
Lokasi rujukan: Berdekatan stesen minyak Petronas Presint 9
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (setiap hari)

BBC Presint 8, Putrajaya
Lokasi rujukan: Dewan Serbaguna Presint 8
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (Sabtu dan Ahad)

BBC Presint 11, Putrajaya
Lokasi rujukan: Dewan Serbaguna Presint 11
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (Sabtu)

BBC Presint 14, Putrajaya
Lokasi rujukan: Depot bas Presint 14, berhadapan pusat komersial Presint 15
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (Ahad)

BBC Presint 16, Putrajaya
Lokasi rujukan: Kawasan pasar Presint 16
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (Sabtu)

BBC Presint 18, Putrajaya
Lokasi rujukan: 1 Malaysia Futsal
Waktu operasi:
8.30am – 5.30pm (Ahad)

Cyberjaya Recycling Centre
Lokasi rujukan: Park & Ride Cyberjaya
Waktu operasi:
9.30am – 4.30pm (Isnin, Rabu dan Jumaat)
Tutup pada cuti umum.

Mobile Recycling Centres
Presint 16
Lokasi rujukan: Apartment Presint 16
Waktu operasi:
9am – 12pm (Sabtu)

Presint 11A1/1
Lokasi rujukan: Kawasan perumahan
Waktu operasi:
2pm – 5pm (Sabtu)

Sumber: SAYS