Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir yang dijangka akan berlaku hari ini di sekitar daerah Hulu Terengganu dan Setiu.

Ia berlaku akibat peningkatan paras air sungai di daerah tersebut bermula 10 malam ini selepas ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) yang menjangkakan hujan akan berterusan di negeri itu sehingga esok.

Gambar sekadar hiasan

Tambahnya, sungai yang dijangka mengalami peningkatan paras air ialah Sungai Telemong dan Sungai Nerus di daerah Setiu.

Berikutan itu, penduduk di kawasan sekitar sungai diminta berjaga-jaga dan sentiasa berhubung dengan pusat kawalan operasi banjir yang berhampiran.

Gambar sekadar hiasan

Sungai yang berada di paras bahaya ialah Sungai Chalok, manakala Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Sungai Setiu di Kampung Bukit berada di paras waspada dan Sungai Nerus di Kampung Langkap berada di paras amaran.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan di laman web publicinfobanjir.water.gov.my, atau layari Facebook PubliclnfoBanjir dan twitter @JPSInfoBanjir.

Sumber: Astro Awani