Baru-baru ini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengeluarkan kenyataan di akaun rasmi Facebook mereka mengenai panggilan semula beg udara Takata bagi tujuh jenama model kereta.

Menurutnya, orang ramai digalakkan memberitahu pengumuman berkenaan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan jika mereka memiliki kenderaan daripada jenama model kereta yang disenaraikan.

“Anda mungkin pemilik kenderaan yang tidak menerima notis daripada pengeluar kenderaan (jenama) tersebut, kerana anda mungkin membeli kenderaan daripada sahabat atau pusat jualan kenderaan terpakai,” sambungnya.

Antara jenama kereta yang disenaraikan adalah BMW, Honda, Mazda, Mitsubishi, Nissan, Subaru dan Toyota.

Malah, anda boleh layari laman web jenama kereta yang disenaraikan di atas untuk maklumat lanjut mengenai isu beg udara Takata.

Selain itu, anda boleh menggunakan tanda pagar #soalanJPJ Untuk pertanyaan dan #aduanJPJ Untuk menyalurkan aduan atau melalui Media Sosial rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (Facebook/ Twitter /Instagram) #JPJMalaysia.

Sumber: FB JPJ Malaysia