Sambal belacan merupakan makanan tradisional yang wajib ada terutama jika makan nasi campur. Ia juga mempunyai pelbagai versi dan cara pembuatan berbeza mengikut citarasa individu.

Pernahkah anda mendengar sambal belacan epal? Selalu kita makan sambal belacan mangga, sambal belacan kuinin dan banyak lagi.

Nampak menarik pula sambal belacan epal ini. Berikut adalah cara-cara untuk membuatnya yang anda boleh ikuti:

Bahan

2-3 tangkai cili besar
5-10 tangkai cili kecil (jumlah ikut tahap kepedasan anda)
1 biji epal
Sedikit belacan (ukuran sebesar ibu jari)
Sedikit garam
sedikit gula

Cara-cara

– Tumbuk cili besar, cili kecil dan belacan menggunakan lesung batu.

– Kemudian, masukkan garam dan gula.
– Akhir sekali, masukkan hirisan buah epal dan tumbuk sekejap.

– Siap! 🙂

Sumber: Fb Sedapnya Makan Di Rumah & Maida Hasni