Masakan Thai menjadi kegemaran ramai terutama rakyat negara ini. Banyak restoran Thai dibuka di Malaysia mendapat sambutan hangat walaupun harga di sesetengah restoran agak mahal.

Anda teringin makan daging goreng ala Thai tetapi tidak mahu makan di luar? Anda boleh cuba resepi daging goreng Thai style di bawah ini:

Bahan

800g daging
5 sudu biji ketumbar (dikisar)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
2 sudu besar sos tiram
Sedikit butter atau marjerin (untuk menumis)
Garam secukup rasa

Sos:

Serbuk cili Thai
Gula kabung atau 2 sudu gula biasa
2 sudu beras (dikisar halus)
2 sudu air limau nipis
3 sudu air asam jawa
Kicap sotong atau sos ikan
3 ulas bawang kecil merah
Daun ketumbar
Daun bawang

Cara-cara

– Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter/marjerin dan bawang putih.
– Perap selama 30 minit atau 2 jam.
– Tumis bawang putih menggunakan butter/marjerin dan masukkan daging.
– Kacau hingga sebati.
– Bila air daging dah kering dan agak-agak dah masak, perlahankan api.
– Campurkan bahan sos ke dalam daging dan kacau rata hingga sebati.
– Siap! Selamat mencuba!!!

Sumber: Fb Viral Oh Viral