Begedil sememangnya menjadi kegemaran ramai hinggakan banyak resepi boleh diolah dengan begedil contohnya seperti tauhu begedil dan macam-macam lagi.
Terbaru, Fazariana Mohd Ali berkongsi resepi begedil yang sangat mudah kerana tidak perlu rebus atau goreng dulu iaitu begedil tempe.
Bahan
5 keping tempe*
1 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
1 biji telur
Sedikit daun bawang
Sedikit maggi cukup rasa
Cara-cara
– Tumbuk bahan yang bertanda *.
– Campurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk bersama telur, daun bawang dan maggi cukup rasa.
– Gaul hingga sebati.
– Kepal-kepal dan bulat-bulatkan adunan tadi. Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan.
– Sedia untuk dihidang.
Sumber: Mingguan Wanita