Tahun ini banyak resepi viral mengenai lemang dan ketupat. Ada yang berkongsi idea menarik dan ringkas untuk dikongsi bersama warga laman sosial hingga mendapat beribu perkongsian di laman sosial.

Jika anda kehabisan daun palas atau mahu mencuba kelainan, apa kata anda cuba resepi ketupat daun pandan ini yang dikongsi oleh seorang pengguna laman Facebook.

Bahan

Daun pandan(ikut kuantiti pulut)
1 kg pulut (rendam dulu pulut 2-3 jam)
200ml santan kotak (1 kotak+ 2 kotak air)
Secubit garam

Cara-cara

– Masuk semua bahan kecuali daun pandan dan kacau hingga santan kering.
– Kacau sedia takut jadi berkerak tebal.
– Masak pulut separuh masak dan ketepikan.

– Masukkan pulut ke dalam daun pandan dan anyam seperti dalam gambar.

– Rebus hingga pulut masak dan warna daun bertukar.
– Siap! 🙂

Sumber: Fb NurHafiza Hanim Mohd Rosdi