Nama Hanis Zalikha sudah tidak asing lagi di Malaysia kerana dia mempunyai pengaruhnya tersendiri. Merupakan seorang isteri kepada Hairul Azreen dan menjadi ibu kepada Yusuf Iskandar, kini Hanis lebih fokus terhadap perniagaan yang diusahakannya iaitu tudung Cakenis.

Beberapa tahun lepas, dia mengambil keputusan untuk berhijab dan ia terus mengubah kehidupannya selepas itu.

IG Hanis Zalikha

Menurutnya, dia sudah puas free hair dan memakai pakaian seksi semasa zaman mudanya dulu dan perubahannya juga seiring dengan didikan yang diterima daripada kedua ibu bapanya.

“Dah lama saya free hair dan semua gaya rambut telah saya cuba. Saya mula berhijab sebelum saya bertunang lagi. Saya rasa ibu bapa saya dah besarkan saya dengan cara yang elok dan bila dah bertudung, inilah didikan sebenar mama dan daddy” jelasnya.

IG Hanis Zalikha

“Alhamdulillah bila sudah bertudung, jiwa saya rasa lebih tenang. Mungkin sebab saya dah puas pakai baju seksi-seksi satu ketika dahulu. Sekarang bila tak pakai tudung, saya pula rasa malu,” tambahnya yang kelihatan semakin bergaya walaupun sudah berhijab.

Sumber: Hijabista