Perkahwinan merupakan impian bagi semua orang terutama golongan perempuan. Mesti ada di antara kita yang sudah ada majlis perkahwinan impian mengikut citarasa masing-masing, bukan?

Seorang gadis di laman Twitter, @NadJsmi, berkongsi persiapan majlis perkahwinannya yang menelan belanja kurang daripada RM3 ribu saja. Murahnya!

Menurutnya, majlis perkahwinannya menggunakan konsep hi-tea wedding atau majlis perkahwinan ala minum petang.

Apa yang penting sekali, anda haruslah berbincang dengan kedua ibu bapa mengenai beberapa perkara seperti masa majlis yang hendak diadakan, jumlah jemputan, lokasi majlis serta jenis makanan yang mahu dihidangkan kepada tetamu.

Mcm I dulu nikah. I buat pukul 3 petang. 4pm-6pm utk makan. Tp by 5.30pm dah settle dah semua.

Kalau reception let say 3.30pm start berarak. 3.45pm speech 4pm makan. 6pm done. 6pm to 7pm boleh outdoor sis.

Hi-tea event ni more to close friend and family je yg akan di invite. So kena persetankan tak jemput tak jemput. Sbb there is no heart feeling will happen. Sebab very close one je yang akan di invite.

Jemputan paling maximum pun dalam 300 orang. Tu pun dah ramai. I invite my family and 15 friend je and belah lelaki dalam 40 orang je..Memang close event. Weh! Happy and teratur okay. So i punya event dalam 200 orang guest je.

Dah buat majlis simple kan. Dah jimat guest bape orang. So plan buat event dekat rest house ataupun dekat yg mcm hall yg lawa2. Tp yg kecik. Dekat hotel pun okay. Ataupun macam private place yg memang khas utk event yg tertutup.

Pilih tempat yg dah include food for hi tea and sewa hall. I hari tu buat dekat rest house.

RM10 per head x 200 guest = RM2000 for hall and makan.

I sewa PA system dorang RM100. So cost dekat sini RM2100 je.

Bila makanan hi-tea. Takde orang makan nasi lauk. So bagi makan spaghetti ke, mee hoon, mee kari ke, soto ke, as main food.

Then for 200 guest. I amik kuih 30pcs karipap, 30 popia pedas, 50 cream puff, agar2 setalam and brownies. Buah tembikai. Air kopi tea, sirap ais.

Event kalau hi-tea. Wajibkan ada kad kahwin yang ada tentative. Supaya guest ikut timing kita.

Selain itu, gadis dikenali sebagai Nad itu turut mencadangkan beberapa lokasi yang dirasakan sesuai untuk buat majlis kahwin berkonsepkan hi-tea iaitu seperti di ballroom, rest house, golf club (ballroom) serta event space. Apa yang penting, keberkatan dalam sesuatu majlis dan tak membazir. Kan? 😉

Sumber: Twitter @NadJsmi