Pelawak dan pengacara popular, Jihan Muse, tampil dengan imej terbarunya iaitu berhijab berharap dia masih diterima bekerja dalam bidang hiburan.

Dia berkongsi gambar terbarunya yang sedang bercuti di bumi Jepun bersama keluarganya mendapat perhatian warga laman sosial kerana dia tampil berhijab.

mstar.com.my

Selain itu, Jihan juga sempat membalas komen salah seorang peminatnya di ruangan komen gambar dengan meminta peminatnya mendoakan yang baik-baik untuknya.

“Doakan saya masih diterima untuk kerja dalam bidang ini lgi sebab saya memang suka kerja saya,” tulisnya.

Malah, dia turut menerima ribuan komen positif daripada warga laman sosial serta rakan-rakan artis selepas tampil berhijab.

Semoga Jihan terus istiqomah dan berusaha untuk menjadi lebih baik dari semalam. Cantik betul tengok imej terbaru Jihan ni kan? 🙂

Sumber: IG @jihanmuse