Agak mustahil untuk dipercayai, namun seorang kanak-kanak perempuan hidup kembali selepas dia diisytiharkan meninggal dunia mengejutkan penduduk Kampung Lumbang di Jawa Timur, Indonesia.

Menurut Portal Detiknews, Siti Masfufah Wardah, 12 tahun, disahkan meninggal dunia di Hospital Dr Moh Saleh Kota Probolinggo pukul enam petang pada Isnin lalu akibat menghidap kencing manis kronik.

Kemudian, keluarga allahyarham kemudian membawa pulang jenazah pukul tujuh malam daripada rumah mayat.

Walau bagaimanapun, semasa jenazah dimandikan, matanya terbuka dan berkedip beberapa kali.

Dia dikatakan hidup kembali dan diangkat masuk ke dalam rumah oleh ahli keluarganya.

Selepas itu, keluarga Masfufah menghubungi petugas perubatan Pusat Kesihatan Lumbang bagi mendapatkan bantuan kerana kanak-kanak itu berada dalam keadaan lemah.

Terdahulu, dia dibawa ke hospital kerana dilaporkan mengalami kesakitan dan kekejangan. Doktor memberitahu kanak-kanak itu mengalami diabetes kronik.

Ketua Polis Lumbang Probolinggo, Muhammad Dugel, menjelaskan tekanan darah mangsa berada paras 60 dan keadaannya sangat lemah membuatkan denyutan jantungnya tidak dapat dikesan alat perubatan.

Sejam kemudian, pihak petugas perubatan memaklumkan bahawa kanak-kanak perempuan itu meninggal dunia.

Difahamkan, jenazah dikebumikan pada hari sama di kawasan perkuburan awam di kawasan itu.

Sumber: Harian Metro, Agensi