Kita sedia maklum bahawa kos pengurusan jenazah Islam agak mahal bagi yang kurang berkemampuan. Kematian juga bukanlah boleh dijangka dengan mudah. Baru-baru ini, Unit Khas Van Jenazah, sempat berkongsi satu kisah menyayat hati mengenai jenazah seorang bayi yang lambat dikebumikan kerana datuk dan neneknya kekurangan wang.

Gambar sekadar hiasan

Maklumat tentang Kes anak syurga itu diterima melalui salah seorang rakan unit sukarelawan iaitu En yus yang juga kakitangan forensik hospital tengku ampuan rahimah,ketika itu semua unit sukarelawan sedang sibuk ditemuramah oleh wartawan tv1 rtm untuk siaran rancangan jakim tentang perjalanan dan matlamat unit khas van jenazah.

Menurut En Yus,pihak waris memerlukan bantuan dari unit khas van jenazah untuk menguruskan satu jenazah bayi yang meninggal dunia setelah dilahirkan.maklumat awal yang diberi menyatakan pihak keluarga yang juga datuk dan nenek kepada anak syurga itu sudah berhabis usaha untuk mencari duit bagi membayar kos pengurusan jenazah bagi mengebumikan jenazah cucu pertama mereka.

Setelah mendapat maklumat,9 orang wakil sukarelawan ukvj dari unit van jenazah ukvj-l dan ukvj-ll telah digerakkan ke hospital tengku ampuan rahimah klang diiringi unit escort untuk mengambil jenazah yang kami gelarkan anak syurga untuk dibawa balik ke bilik pengurusan jenazah jannatul firdaus.

Apabila jenazah anak syurga itu tiba dibilik wakaf bersama datuk dan neneknya,7 orang dari unit bilal jenazah muslimah tanpa berlengah terus melakukan tugasan mandi dan kafan dengan segera.

Ini kerana dari temubual yang dilakukan oleh ketua unit operasi terhadap si nenek kepada anak syurga itu,jenazah telah disimpan selama 3 hari dipeti mayat hospital tengku ampuan rahimah klang gara gara gagal untuk mencari duit.

Didalam temubual itu si Datuk dan nenek kepada anak syurga itu telah berusaha untuk meminjam duit kepada ahli keluarga dan jiran jiran,tetapi selepas 3 hari usaha mereka tidak berhasil sepenuhnya dan hanya dapat mengumpul duit berjumlah rm200.

Jumlah keseluruhan yang diperlukan bagi kos mandi kafan untuk jenazah kategori [email protected] kanak berharga rm250,manakala kos pengebumian juga berharga rm250 untuk jenazah kanak.jumlah kos keseluruhan yang perlu disediakan oleh si datuk dan nenek kepada bayi syurga ini adalah rm500.

Bayangkan jenazah anak syurga itu terbiar selama 3 hari didalam peti mayat gara gara si datuk dan nenek gagal mencari duit!

Gambar sekadar hiasan

Disaat datuk dan nenek kepada bayi syurga ini buntu mencari rm300 lagi baki duit pengurusan jenazah cucu mereka,allah swt telah memudahkan urusan dengan menghantar unit kami untuk membantu setelah maklumat disalurkan oleh salah seorang staff unit forensik yang juga sukarelawan kepada unit khas van jenazah.

Ketika jenazah bayi syurga ini sedang disempurnakan oleh unit bilal jenazah muslimah kami,si nenek memberitahu sambil menangis teresak esak selama 3 hari beliau cuba berusaha untuk meminjam disana sini termasuk lah kepada beberapa orang jiran ditempat tinggalnya.mujur ada seorang dua yang menghulurkan bantuan dengan memberi pinjaman sehingga terkumpulnya duit rm200.

Katanya lagi beliau dan suami juga ada menghubungi Adik beradiknya,tetapi adik beradiknya langsung tidak mahu membantu untuk meminjamkan duit bagi menguruskan jenazah cucunya.

Apabila mendengar keluhan suami isteri ini,kem unit kami cuba menenangkan si nenek sambil memberitahu pengurusan jenazah cucunya dari perkhidmatan van jenazah,perkhidmatan mandi dan kafan juga kos ditanah perkuburan akan ditanggung sepenuhnya oleh unit kami.

Sambil menangis ke dua dua suami isteri ini tidak putus putus perkataan terima kasih keluar dari mulut mereka!

Menurut dari apa yang dikongsikan juga kepada unit kami,bayi yang sedang dimandi oleh unit bilal jenazah itu adalah cucu pertama kepada mereka berdua.

Ketika sudah hampir cukup bulan untuk bersalin,Anak perempuannya yang mengandungkan bayi tersebut telah 3 kali diserang sawan.apabila berlakunya kejadian serangan sawan untuk kali ke 2 mereka telah membawa anak perempuannya ke hospital kerana bimbang berlaku perkara yang tidak elok kepada si ibu dan juga bayi didalam kandungan.

Setelah ditahan diwad untuk menunggu si ibu bersalin,sekali lagi berlaku kejadian serangan sawan kepada si ibu sekali dengan tanda tanda bayi didalam kandungan siap sedia untuk dilahirkan.

Namun malangnya setelah dibawa ke bilik labour room bayi yang baru dilahirkan itu meninggal dunia selepas disambut oleh pihak doktor dan kakitangan.

Apabila meninggal dunia selepas lahir bermula lah satu lagi masalah baru ibarat sudah jatuh ditimpa tangga untuk si bapak,si nenek dan si datuk kepada anak syurga itu.

saat dipalit kesedihan,mereka dihantui pula dengan masalah untuk menguruskan jenazah akibat tidak mempunyai duit.bayangkan jika maklumat tentang masalah yang dihadapi waris kepada anak syurga ini tidak sampai kepada kami?

Persoalan yang bermain diminda kami semua petang tadi,entah Berapa lama kah agaknya lagi jenazah anak syurga ini akan berada dipeti beku mayat?sudah la ibu kepada anak syurga ini masih tidak tahu bayinya telah meninggal dunia.si ibu pula ketika ini tidak sedarkan diri diwad rawatan rapi kerana diberi ubat tidur oleh pihak doktor.ditidurkan kerana kepenatan selepas terkena serangan sawan dan melahirkan anak.anak yang belum dilihat pula sudah pergi menemui sang pencipta.

Bagaimana kah agaknya situasi yang bakal berlaku setelah si ibu sedar dari tidur.pasti si ibu akan meraung sepuas puasnya bila mendengar berita anak yang baru dilahirkan sudah tiada.

Selepas selesai jenazah bayi itu dikebumi,sebelum pulang si nenek mengucapkan terima kasih berkali kali.si datuk memeluk ketua unit kami sambil mengucapkan perkataan terima kasih berulang ulang kali,begitu juga si bapa kepada anak syurga itu yang mulutnya tidak henti henti menyatakan terima kasih kepada semua unit sukarelawan yang sudah membantu.

Apabila sedar nanti,moga si ibu tabah dalam menghadapi ujian dunia yang diberi allah swt kepada mereka sekeluarga.

Sebelum beredar Si nenek sempat memberi nama untuk anak syurga ini kepada nama NURJANNAH sempena nama bilik wakaf ukvj.

Salam takziah,kisah anak syurga telah unit kami selesai menggunakan duit dana yang telah disumbangkan oleh orang ramai sebelum ini dengan izin allah swt.alhamdulillah!

Semoga ibu kepada bayi syurga ini akan sedar semula dan menerima hakikat bahawa Allah lebih menyayangi anaknya yang dikandung sembilan bulan itu. Al Fatihah, Nur Jannah.

Sumber: FB Unit Khas Van Jenazah